LIKE MY PAGE

Nasi Beriani Gam Kambing Noxxa



NASI BERIANI GAM KAMBING NOXXA
=============================
.
Kami kongsi kan#ayolmasak Nasi Beriani Gam Kambing yang memang superb sedap ni menggunakan periuk ajaib Noxxa ni. Mudah jer masak dengan Noxxa tak sampai setengah jam pun dah siap..hehe
.



Bahan Bahan (Beriani Kambing)
====================
+ 500-1kg daging kambing
+ Rempah 4 Sekawan
+ Hirisan Lada & Bawang Merah
+ Bawang Besar, Bawang Putih & Halia dikisar halus
+ 3 sudu Rempah Beriani
+ Daun Bawang & Ketumbar diracik
+ 3 sudu kecil Pes Tomato
+ Buah Gajus
+ Sedikit perahan limau nipis
+ 2 biji Tomato Segar diracik
+ 2 sudu kecil Yogurt
+ Setengah tin Susu Cair
+ 1 sudu minyak sapi
+ 1 sudu besar minyak
+ Air & Garam secukupnya
.
Cara – cara memasak
===============
1. Tekan butang Stir Fry dan tekan On pada periuk Noxxa
.
2. Panaskan minyak dan minyak sapi
.
3. Masukkan rempah 4 sekawan
.
4. Masukkan hirisan lada & bawang merah sehingga garing/naik bau
.
5. Lepas itu masukkan bawang besar, bawang putih & halia yang dikisar halus sehingga naik bau / garing
.
6. Kemudian masukkan daun bawang & ketumbar yang diracik
.
7. Gaulkan rempah beriani dengan sedikit air sebelum ditumis bersama dengan bahan bahan tadi.
.
8. Bila rempah tumis dah garing, masukkan buah gajus dan daging kambing
.
9. Selepas itu masukkan sedikit air, limau nipis, pes tomato, yogurt dan susu cair
.
10. Perasakan dengan sedikit garam.
.
11. Lepas tu tutup periuk Noxxa. Tekan butang High Pressure 15 minit. Arahkan Knob dipenutup ke arah "Pressure".
.
12. Selepas 15 minit, arahkan knob ke arah "steam" untuk keluarkan wap.
.
13. Tunggu sehingga wap keluar habis barulah buka penutup ya.
.
14. Hidangkan Nasi & Beriani Kambing anda dan rasailah keenakan nya 
.
Untuk cara memasak Nasi Beriani pula kami akan kongsikan di posting akan datang. Boleh boleh??
.
Ni video #ayolmasak cara masak Beriani Kambing..Senang mudah dan cepat kan.

  



Nak bertanya mengenai resepi / periuk noxxa boleh terus whatsapp 0149619772 atau  0199050344.
.
Memiliki periuk ajaib Noxxa ini bukan lagi perkara mustahil 
.
Jom Share & Tag kawan kawan yang dah ada Periuk Noxxa. Mungkin mereka boleh cuba resepi ini. Mudah kan masak dengan Noxxa




No comments:

Post a Comment